Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

MEDAC akan manfaat peruntukan RM4.6 bilion perkasakan agenda pembangunan usahawan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 November - RM4.6 bilion disediakan bagi pemerkasaan usahawan bumiputera.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensi-agensi di bawahnya akan memanfaatkan peruntukan itu bagi meneruskan agenda pembangunan usahawan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RM510 juta diperuntuk bagi tujuan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional dan PUNB.

Kerajaan turut fokus terhadap pembangunan usahawan masyarakat india menerusi TEKUN Nasional berjumlah RM20 juta dan pembangunan usahawan bagi komuniti lain (RM5 juta).

Selain itu, RM800 juta disediakan melalui program peningkatan keupayaan oleh SME Bank dan Bank Pembangunan Malaysia.

Bagi pemerkasaan usahawan wanita, sebanyak RM95 juta disediakan melalui TEKUN Nasional, MARA dan AgroBank.

Selain itu, Skim Pembangunan Nasional RM500 juta dikhususkan kepada usahawan Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor utama.

Melalui Skim Lestari Bumi, SME Bank menyediakan kemudahan pembiayaan dengan dana berjumlah RM300 juta sebagai anjakan perniagaan berstatus mikro dan kecil bumiputera kepada kategori lebih tinggi.

Manakala RM150 juta disediakan bagi menggalakkan 100,000 usahawan beralih kepada khidmat digital di bawah Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro.