Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Pengeluaran Akaun Satu KWSP secara bersasar amat tepat namun perlu diperjelas

  • Published in Ekonomi

ANGKASAPURI, 7 November - Kriteria untuk pengeluaran Akaun Satu KWSP perlu diperjelas.

Kemudahan itu hanya diberi kepada individu yang berdepan dengan tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, ia tidak tertakluk kepada individu yang kehilangan pekerjaan sahaja.

Menurut Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Ali, kriteria khusus bagi pemohon yang layak perlu dijelaskan.

Ini kerana pelbagai sektor khususnya pelancongan dan penerbangan terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19.

Dr. Nuradli menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Bagi beliau, keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun Satu KWSP secara bersasar amat tepat.