Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Program latihan dan bantuan tersedia untuk 100,000 usahawan tempatan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 November - RM4.6 bilion disediakan bagi pemerkasaan usahawan bumiputera merangkumi RM510 juta bagi tujuan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional dan PUNB.

MEDAC melalui agensi-agensi di bawahnya akan meneruskan agenda pembangunan usahawan mikro dan PKS Bumiputera.

RM800 juta diperuntukkan melalui program peningkatan keupayaan oleh SME Bank dan Bank Pembangunan Malaysia.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sebagai tanda keprihatinan kerajaan, TEKUN Nasional diluluskan RM20 juta khusus untuk program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat lndia (SPUMI) dan RM5 juta untuk pembangunan usahawan bagi komuniti lain.

Bagi pemerkasaan usahawan wanita, sebanyak RM95 juta turut disediakan melalui TEKUN Nasional, MARA dan AgroBank.

Selain itu, Skim Pembangunan Nasional RM500 juta dikhususkan kepada usahawan Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor utama.

Melalui Skim Lestari Bumi, SME Bank menyediakan kemudahan pembiayaan dengan dana berjumlah RM300 juta sebagai anjakan perniagaan berstatus mikro dan kecil bumiputera kepada kategori lebih tinggi.

Bagi program Pembangunan Francais Mikro, RM25 juta disediakan Francais Mampu Milik dan program Beli Barangan Buatan Malaysia.

Manakala RM150 juta pula diperuntukkan bagi program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada 100,000 usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital di bawah Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro.