Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

MEF rayu tempoh pengecualian caruman levi PSMB dilanjutkan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) merayu tempoh pengecualian caruman levi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang berakhir pada 15 September lalu dilanjutkan kepada enam bulan lagi.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata RM440 juta jumlah pengecualian itu dapat digunakan oleh majikan untuk keperluan lain terutama meneruskan operasi dan kelangsungan syarikat.

Sebelum ini, pengecualian caruman levi kepada 31,000 majikan berdaftar dengan PSMB diberi dari April hingga September 2020.

Pelanjutan dicadang MEF adalah sehingga Mac 2021 memandangkan ramai majikan sedang bergelut untuk kembali beroperasi.