Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

38 peratus pelanggan Maybank terima lanjutan morotarium pinjaman,pembiayaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Maybank meluluskan lebih 99 peratus daripada 81,000 permohonan bantuan bayaran balik setakat 15 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong dalam satu kenyataan memaklumkan, 38 peratus permohonan yang diluluskan mendapat lanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan mereka.

Lebih 85 peratus pangkalan pelanggan runcit Maybank telah meneruskan pembayaran pembiayaan seperti biasa mulai 1 Oktober lalu.

Selain bantuan pembayaran balik, bank itu turut menawarkan penyelesaian pembiayaan kepada pelbagai segmen pelanggan, seperti Pembiayaan Digital PKS dengan tempoh kelulusan sepantas 10 minit.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di beberapa wilayah di seluruh negara, Maybank menggalakkan pelanggan supaya memohon bantuan pembayaran semula menerusi Maybank2u atau e-mel.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Maybank www.maybank2u.com.my/covid19 atau hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan Maybank: 1-300-88-6688 .