Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Geotourism Vouchers #TravelPeraklah galakkan kedatangan pelancong domestik

  • Published in Ekonomi

BATU GAJAH, 17 Oktober - Dalam usaha memulihkan semula sektor pelancongan, kerajaan negeri Perak memperkenalkan program Geotourism Vouchers #TravelPeraklah dan Dark Tourism @ Kellie's Castle, Batu Gajah.

Menurut Exco Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi, inisiatif tersebut diambil bertujuan membantu agensi-agensi pelancongan yang terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19.

Ditemui selepas pelancaran kedua-dua program, Datuk Nolee berkata Geotourism Voucher #TravelPeraklah merupakan kesinambungan daripada sambutan ulangtahun Geopark Lembah Kinta kali kedua dengan penglibatan 35 agensi pelancongan.

Untuk fasa kedua penganjuran, sebanyak 1,050 voucher disediakan.

Untuk program Dark Tourism, Kellie's Castle dipilih sebagai salah satu produk bersempena dengan Program Dream to Travel PATA pada 1 Julai 2020.

Beliau berharap dengan pelancaran inisiatif tersebut dapat menggalakkan lagi kedatangan pelancong domestik dengan tempoh menginap yang lebih lama.

Ini sekaligus dapat membantu ekonomi agensi pelancongan supaya lebih berdaya saing dengan perubahan norma baharu.