Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Lambakan pasaran kediaman siap bina dipengaruhi ketidakstabilan permintaan dan penawaran

  • Published in Ekonomi

ANGKASAPURI, 15 Oktober - Wujud lambakan pasaran kediaman siap bina dan banyak unit tidak terjual dipengaruhi ketidakstabilan permintaan dan penawaran pasaran.

Penularan COVID-19 lebih memburukkan keadaan apabila lebih 31,600 unit kediaman tidak terjual bagi separuh tahun pertama 2020.

Jelas Pengarah Urusan Pameran Harta Tanah Bumiputera, Datuk Nor' Ashikin Taib, strategi kawalan harga berkesan harus diteliti pemaju dan pihak kerajaan agar dapat menjamin kestabilan pasaran hartanah.

Menurut beliau, 4,144 kediaman jenis bertingkat tinggi tidak terjual bagi separuh tahun pertama 2020.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara menganggarkan jenis kediaman itu bernilai antara RM500,000 hingga RM700,000.

Beliau ditemui pemberita di Angkasapuri.