Logo

Permintaan kediaman sewa tunjukkan trend pemulihan fasa PKPP

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Permintaan terhadap hartanah sewa menunjukkan trend pemulihan sejak pertengahan Mei susulan peralihan negara masuk ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jelas Pengurus Besar Penyelesaian Data Pengguna REA Group Asia (iProperty.com.my), Premendran Pathmanathan, tindakan kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan memberi kebebasan kepada rakyat untuk meninjau pasaran hartanah.

Analisis permintaan hartanah sewa pada separuh pertama tahun ini menggunakan data kunjungan dan penyenaraian hartanah di iProperty.com.my.

Susulan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan PKP, permintaan terhadap hartanah sewa di seluruh negara bagi separuh pertama 2020 mencatat penurunan 5.6%.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.