Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Kesiapsiagaan sistem dan institusi kewangan mampu lindungi ekonomi Malaysia daripada sebarang krisis

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Kesiapsiagaan sistem dan institusi kewangan negara yang kukuh mampu melindungi ekonomi Malaysia daripada sebarang krisis.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jessica Chew berkata negara mempunyai keupayaan menangani peningkatan kes COVID-19 dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Jelasnya, sistem perbankan semasa jauh lebih kukuh berbanding ketika Krisis Kewangan Asia pada 1997-98.

Nisbah modal dicatat 18% berbanding 10%s ketika krisis tersebut didorong piawaian pemberian pinjaman lebih yang teguh.

Pasaran bon negara yang lebih membangun juga telah mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada pendanaan sistem perbankan.

Dasar pengawalseliaan dan pemantauan bank pusat pula bersifat bebas, sekali gus tidak terjejas oleh sebarang perkembangan politik.