Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Lebih 80% puas hati pakej PRIHATIN dilaksana kerajaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan lebih 80% responden berpuas hati dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang dilaksanakan kerajaan.

Daripada jumlah itu, 55% menyatakan tahap kepuasan yang tinggi manakala 26% tahap kepuasan yang biasa.

Bagi bantuan secara sekali bayar, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan MySalam menerima markah kepuasan tertinggi iaitu masing-masing 68% dan 66%.

Bagi bantuan bersifat jangka panjang, Skim Persaraan Swasta dan pengurangan caruman KWSP mendapat 69% tahap kepuasan tertinggi.

Kaji Selidik PRIHATIN itu dijalankan Unit LAKSANA antara 19 Ogos dan 22 September lalu untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai impak pelaksanaan Pakej PRIHATIN kepada mereka.

Melaluinya juga, kerajaan dapat mendengar suara rakyat secara berterusan yang akan digunakan untuk merangka usaha pemulihan ekonomi dan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini.