Logo

Pemantauan proaktif unit LAKSANA pastikan bantuan disalur cepat dan efektif

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Pencapaian keseluruhan semasa Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi pemberian tunai secara sekali bayar melibatkan pembayaran berjumlah RM655 juta.

Pemberian tunai itu meliputi e-Penjana, bantuan kepada golongan terjejas dan geran sekali bayar kepada pengendali taska dan tadika berdaftar.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam Laporan LAKSANA ke-25 menyatakan pencapaian pelaksanaan itu pada tahap 69% iaitu mengikut jadual yang ditetapkan.

Pemantauan proaktif akan terus dilakukan melalui unit LAKSANA agar bantuan disalurkan dengan cepat dan efektif.

Ini termasuk pakej KITA PRIHATIN yang diumumkan 23 September lalu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.