Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

1,064 Pusat Internet Komuniti sedang melalui proses transformasi

  • Published in Ekonomi


SIBU, 26 September- 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menjalankan proses transformasi terhadap 1,064 Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara.

Menurut kenyataan medianya, MCMC memfokuskan tindakan PIK sebagai pusat yang menyediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian untuk kemudahan rakyat.

Melalui pelbagai latihan dan program yang dianjurkan di PIK, golongan usahawan kecil dapat menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk secara dalam talian.

Pada masa sama, menjana pekerjaan baharu dan memacu pertumbuhan aktiviti e-dagang.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, mengadakan lawatan ke PIK Rantau Panjang di Sibu, Sarawak.

Pada lawatan itu beliau menyatakan, produk yang dipamerkan mempunyai potensi untuk diperluas menerusi bimbingan dan strategi yang betul.

Datuk Saifuddin yakin, produk tersebut boleh dipasarkan secara meluas dan memberi pulangan lumayan kepada usahawan terlibat.

Perkhidmatan yang disediakan di PIK, khususnya latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pembelajaran melalui internet, telah banyak membantu golongan usahawan kecil agar tidak ketinggalan dalam dunia digital.