Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Kita Prihatin dijangka sumbang 4 peratus KDNK

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 25 September - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bakal menyumbang pertumbuhan 3.7 hingga 4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin ia mampu direalisasi menerusi peruntukan RM10 bilion yang bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dan perniagaan.

Menerusi kenyataan media, beliau memaklumkan, Program Subsidi Upah 2.0 dan Geran Khas Prihatin akan menjamin kelangsungan perniagaan dan pekerjaan.

Ia juga memastikan aktiviti ekonomi dapat dilaksana dan ditingkatkan.

Berdasarkan indikator-indikator pemulihan ekonomi yang dicatat baru-baru ini, kerajaan yakin bantuan diberi mampu mengekalkan momentum pemulihan.

Ini seiring matlamat kerajaan untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pengekalan pekerjaan, khususnya dalam tempoh mencabar ini.