Logo

Program INSKEN Business Outreach (IBO) 2020 : Berjaya latih 2,445 usahawan

KOTA KINABALU, 23 September - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) telah melatih seramai 2,445 usahawan.

Siri Jelajah Program INSKEN Business Outreach (IBO) 2020 telah diadakan sejak awal tahun ini di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Sarawak, Johor, Kedah dan Sabah.

Menurut Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, program IBO ini bertujuan untuk menyediakan dan mendedahkan usahawan kepada asas industri Revolusi 4.0.

Bertemakan “Strategi Lonjakan Jualan Melalui Urus Data Pelanggan Menggunakan Platform Media Sosial”, usahawan akan didedahkan kepada kepentingan mengurus data pelanggan.

Ia seterusnya akan mempersiapkan mereka kepada jualan pasca Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) untuk merancakkan semula perniagaan.

Beliau merasmikan Program IBO di Kota Kinabalu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.