Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

87% kawasan kelapa sawit terima MSPO setakat 21 September 2020

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 September - 87% kawasan tanah tanaman kelapa sawit telah menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat 21 September ini. Manakala 92.5% iaitu 418 daripada 452 kilang juga menerima MSPO.

Jelas Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Mukhtar Suhaili, pekebun yang menerima sijil berkenaan akan melaksanakan amalan pertanian baik sekaligus menjana hasil minyak sawit mentah bermutu tinggi.

Tambahnya, 98.5% kawasan tanaman kelapa sawit di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA telah mendapat pengiktirafan tersebut.

Fokus MPOCC kini ialah meningkatkan kesedaran pekebun kecil persendirian memandangkan hanya 25% daripada mereka menerima MSPO.