Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Pengusaha premis burung walet disaran daftar METS

  • Published in Ekonomi

BELURAN, 22 September - Pengusaha premis burung walet diharap berdaftar dengan Sistem Pendaftaran Premis Walet (METS) dan mendapat persijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pendaftaran menerusi sistem METS memberi banyak kelebihan kepada pengusaha seperti harga pasaran yang lebih tinggi dan berpeluang memasuki pasaran eksport.

Beluran merupakan kawasan penting Industri Sarang Burung Walet di Sabah.

Ini kerana 10% premis rumah burung walet di Sabah terdapat di daerah itu.

Justeru Datuk Seri Ronald Kiandee menyarankan pengusaha sarang burung walet di Beluran agar memanfaatkan dana pinjaman khas bernilai RM5 juta disediakan kementeriannya melalui Agro Bank untuk memperbesar perusahaan burung walet mereka.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Industri Sarang Burung Walet Beluran di Dewan Koperasi Matanggar Beluran.

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor.