Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Pekebun kecil persendirian sawit disaran dapatkan pensijilan MSPO

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 September - Para pekebun kecil persendirian sawit disaran mendapatkan pensijilan MSPO.

Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Mukhtar Suhaili berkata usaha itu penting dalam menyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa minyak sawit negara terjamin dari segi penanaman sawit secara lestari mengikut amalan Pertanian Baik (GAP).

Tambahnya lagi, melalui MSPO ia boleh meningkatkan lagi harga pasaran sawit tempatan di pasaran global di samping meningkatkan pendapatan mereka.

Setakat ini hanya 25% pekebun kecil persendirian telah memperoleh sijil MSPO.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.