Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

SKM Johor sasar tubuh satu koperasi belia di setiap daerah

  • Published in Ekonomi

 
JOHOR BAHRU, 20 September- 
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Johor menyasarkan satu koperasi belia ditubuhkan di setiap daerah, tahun depan.

Selain membantu meningkatkan ekonomi individu, penubuhan koperasi belia turut membantu meningkatkan ekonomi secara berkelompok.

Timbalan Pengarah bahagian Pembangunan SKM negeri, Ibrahim Husain berkata, sokongan Majlis Belia Negeri dan Daerah diperlukan bagi mencapai sasaran tersebut.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Pemerkasaan Ekonomi Belia melalui Koperasi 2020 di Johor Bahru, Johor.

Antara sektor perniagaan yang boleh dijadikan koperasi belia ialah industri bengkel, pertanian dan penternakan.

Setakat ini, 10 hingga 15 perniagaan berpotensi di setiap daerah dikenal pasti sesuai untuk dijadikan koperasi belia.