Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

UNILINK sasar 50,000 pendaftaran

  • Published in Ekonomi


CYBERJAYA, 19 September- 
Platfrom padanan latihan dan kerjaya UNILINK menyasarkan pendaftaran 50,000 pengguna sehingga hujung tahun ini.

Portal yang diperkenal Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu, berperanan untuk memadankan peluang penempatan latihan kepada mahasiswa, berdasarkan kepada minat dan pengalaman mereka.

Keputusan penempatan ditentukan menggunakan Analisa Data Raya, Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin.

"Dengan adanya UNILINK, ia akan memberi satu gambaran lebih luas."

"Malah ia turut beri peluang kepada pihak industri untuk memilih pelatih yang terbaik, bagi menyelesaikan masalah industri pada masa tersebut."

Inisiatif itu dibangunkan dengan mengambil kira permintaan institusi pengajian tinggi bagi menyediakan platform padanan antara mahasiswa dan industri. 

Beliau melancarkan platform UNILINK, di Cyberjaya, Sepang.