Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

AirAsia nafi gantung laluan penerbangan

  • Published in Ekonomi


PETALING JAYA, 19 September-
AirAsia Group Bhd nafi menggantung semua laluan penerbangan melibatkan negara Jepun bagi bulan Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, ia hanya khabar angin dan pihaknya tidak merancang untuk melaksanakannya.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menilai semula semua laluan penerbangan dan operasi syarikat mengikut keperluan semasa.

"Setiap hari dunia berubah, jadi kami juga perlu fokus kepada kekuatan kami."

"Tiada apa-apa rancangan untuk Jepun. Tetapi mungkin lebih bagus juga untuk kami memberi fokus kepada negara ASEAN berbanding tempat-tempat lain."

Beliau ditemui selepas pelancaran 'single' pertama RedRecords berjudul 'Passcode' oleh Jannine Weigel di Petaling Jaya.

Sebelum ini beberapa media melaporkan AirAsia Jepun bakal menggantung penerbangan disebabkan penurunan permintaan ketara kesan pandemik COVID-19.