Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

50,000 produk usahawan bumiputera akan dipasarkan ke luar negara menerusi platform digital

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 September - Dijangka 50,000 produk usahawan bumiputera akan dipasarkan ke luar negara menerusi platform digital, Just Order Conveniently On Mobile (JOCOM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Joshua Sew optimis langkah ini akan membantu meningkatkan eksport produk tempatan ke pasaran besar seperti China, Indonesia dan Australia.

Justeru, jalinan kerjasama antara JOCOM dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (Perdasama) akan membuka akses pasaran lebih luas secara dalam talian.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama Perdasama sebagai usahasama mendigitalkan perniagaan usahawan Melayu di ibu negara.