Tuesday, 29 September 2020

updated 9:54 AM UTC, Sep 29, 2020

Syarikat tempatan digesa pertingkat kualiti dan reka bentuk produk

  • Published in Ekonomi

SELANGOR, 16 September - Industri tempatan digesa meningkatkan kualiti serta reka bentuk produk masing-masing agar ia menepati standard pasaran global.

Jelas Pengurus Besar Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Profesor Dr. Mohamad Hariri Abdullah, langkah itu perlu agar produk tempatan mampu menembusi pasaran luar negara.

Tambahnya, kebanyakan produk tempatan kurang menerima permintaan pasaran luar negara kerana ciri dan reka bentuknya yang kurang menarik.

Justeru, usahawan disaran untuk mendapatkan khidmat nasihat MRM dalam penghasilan produk dengan ciri-ciri yang menepati citarasa pengguna.

Beliau mengulas perkara itu pada Majlis Penganugerahan Design Award 2019.