Tuesday, 29 September 2020

updated 9:54 AM UTC, Sep 29, 2020

MDEC sasar Malaysia 10 negara mesra perniagaan

  • Published in Ekonomi

SELANGOR, 16 September - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasar untuk melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai 10 negara mesra perniagaan, khususnya Syarikat Pemula berkaitan teknologi.

Ke arah itu, MDEC giat mewujudkan ekosistem bersesuaian dengan landskap perniagaan semasa, sekali gus menjadikan negara sebagai hub syarikat pemula.

Naib Presiden MDEC, Gopi Ganesalingam berkata demikian ketika ditemui pada Program Pengumuman Pemenang pertandingan SuperSeed II Championship di ibu negara.

Menerusi laporan Ekosistem Syarikat Pemula Global 2020, Malaysia berada di kedudukan ke-11 sebagai negara mesra syarikat pemula di dunia.