Tuesday, 29 September 2020

updated 9:54 AM UTC, Sep 29, 2020

Nilai moratorium bayaran balik pinjaman catat RM85.8 bilion

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 September - Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan yang berkuat kuasa sejak 1 April lalu dianggarkan berjumlah RM85.8 bilion sehingga 4 September lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan Laporan Laksana ke-21 berkata, daripada jumlah itu, RM30 bilion dimanfaatkan sektor perniagaan manakala RM55.8 bilion dimanfaatkan oleh peminjam individu.

Menjelang tamatnya moratorium secara umum 30 September ini, institusi perbankan terus bersedia untuk membantu peminjam yang masih terjejas akibat COVID-19 melalui bantuan bank bersasar bermula 1 Oktober depan.

Pihak bank telah menghubungi lebih 2 juta peminjam merangkumi individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan korporat serta komersil bagi menawarkan bantuan pembayaran pembiayaan.

Mereka yang masih memerlukan bantuan dan belum berbincang dengan pihak bank digesa menghubungi bank masing-masing dengan kadar segera.