Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

#MY MUDAH terima lebih 200 aduan pengusaha industri

  • Published in Ekonomi

KANGAR, 5 September - Sejak dilancarkan 20 Julai lepas, #MY MUDAH telah menerima lebih 200 aduan daripada pengusaha pelbagai industri.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali, ke semua aduan itu sedang diteliti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebelum diambil tindakan selanjutnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran #MY MUDAH Peringkat Wilayah Utara di Perlis.

Pada Majlis sama, 5 individu yang memainkan peranan aktif dalam meningkatkan produktiviti serta inovasi diberikan Anugerah ‘Productivity Champion’.