Logo

Pekerja ekonomi gig perlu ada perlindungan diri


AYER KEROH, 2 September- 
Hanya 0.7 peratus pekerja ekonomi gig yang mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata, kebanyakan pekerja sektor ini seperti e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan seperti Grab dan Foodpanda serta perniagaan dalam talian masih tidak mempunyai perlindungan diri, termasuk membuat caruman PERKESO.

Mohammed Azman berkata, angka berkenaan masih rendah dan PERKESO sentiasa memberikan maklumat serta menjalin kerjasama dengan pemain industri ekonomi.

Menurutnya, ketika ini hanya 2,700 pekerja yang membuat caruman berbanding keseluruhan 400,000 pekerja sektor itu.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Kebangsaan Pusat Rehabilitasi PERKESO di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.