Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Peranan sektor swasta, masyarakat penting bina Ekonomi Malaysia Digital

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Penglibatan sektor swasta dan masyarakat amat diperlukan dalam usaha membina ekonomi Malaysia digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, meski kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Ekonomi Digital, tanpa sokongan dua komponen itu ekosistem untuk mewujudkan masyarakat pintar tidak mungkin dapat direalisasikan.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Bank Islam Malaysia Bhd.