Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Pelan Induk Ekonomi Digital kini di fasa akhir

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Pelan Induk Ekonomi Digital sedang dirangka bagi mengembangkan penggunaan digital dalam semua sektor ekonomi di negara ini.

Pelan itu kini telahpun berada di fasa akhir dan dijangka diumumkan dalam tempoh 2 bulan lagi.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, pelan itu bakal menggariskan matlamat dan hala tuju digital bagi semua sektor.

Beberapa kementerian dan jabatan sudah mempunyai pelan digital masing-masing dan ia memerlukan penyelarasan di bawah satu pelan baharu.

Datuk Seri Mustapa melancarkan perkhidmatan penjualan "www.pasarman.com" yang diterajui usahawan bumiputera di ibu negara.