Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Pelanjutan moratorium tidak jejas institusi perbankan tempatan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Pelanjutan tempoh moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman tidak akan menjejaskan keupayaan institusi perbankantempatan kerana mereka mempunyai penampan yang mencukupi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata ini kerana keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira kemampuan kewangan bank di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Sharif di Dewan Rakyat.

Akhir Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan akan melaksana kaedah moratorium secara bersasar dan peruntukan fleksibiliti, setelah tempoh moratorium secara automatik berakhir September depan.

Namun, kemudahan itu khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan sahaja.