Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

RM100 juta pelaksanaan program Dana Kemakmuran Bumiputera

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - RM100 juta diluluskan bagi pelaksanaan program Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB).

Peruntukan yang diluluskan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu berbentuk geran secara pembayaran balik, khusus untuk merangsang pelaburan syarikat bumiputera.

Jelas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, ia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, selaras Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Lima sektor diberi keutamaan; Pembuatan, Pertanian dan Industri Bio, Ekonomi Digital, Perkhidmatan Kejuruteraan DAN Pembangunan Hartanah di atas Tanah Rizab.

Datuk Seri Mohd Redzuan tidak menolak kemungkinan untuk memohon tambahan peruntukan, sekiranya ia memberi pulangan ekonomi lebih besar.

Datuk Seri Mohd Redzuan bercakap pada sidang media Majlis Pengumuman DKB di ibu negara.