Friday, 7 August 2020

updated 12:28 AM UTC, Aug 7, 2020

Bantu pembangunan PKS dan koperasi, MEDAC perkenal 6 inisiatif

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 31 Julai- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperkenal inisiatif baharu bagi membantu pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menerusi satu kenyataan, Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan ia seiring dengan tindakan kerajaan melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan kewangan bersasar.

PKS yang membuat pinjaman di TEKUN, Bank Rakyat, PNS dan SME Bank akan menerima lanjutan moratorium sekurang-kurangnya tiga bulan, dan layak memohon penjadualan semula ansuran bulanan.

Pemberian moratorium secara automatik hanya akan diberikan kepada kes-kes yang tertentu.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga akan melaksanakan inisiatif sama, bagi membantu koperasi terjejas.

Agensi seperti SME Corp dan PNS akan melonggarkan syarat pemberian pinjaman atau geran bagi mengurangkan beban usahawan.

Manakala UDA Holdings menawarkan lanjutan pengurangan sewa selama tiga bulan kepada penyewa di premis milik syarikat berkenaan.