Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Lanjutan Moratorium perkukuh operasi syarikat pengilang

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 31 Julai- 
Lanjutan moratorium dan bantuan kewangan bersasar mampu membantu sektor perniagaan mengukuhkan kemampanan kewangan syarikat.

Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) optimis sektor itu akan berkembang pesat, walaupun berdepan cabaran semasa.

Menerusi satu kenyataan, Presidennya Datuk Azman Yusoff, mengalu-alukan inisiatif dan jaminan kerajaan bahawa institusi kewangan akan memberi kelonggaran dalam menyalurkan bantuan.

Ia akan merangsang pertumbuhan positif dalam sektor pengilangan, khususnya membabitkan perindustrian kecil dan sederhana.

Bantuan berkenaan juga dilihat mampu meningkatkan tahap produktiviti syarikat yang kini terjejas.

Ini disebabkan langkah sekatan terhadap kemasukan pekerja asing, menyebabkan kos operasi syarikat meningkat.