Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Program Subsidi Petrol tidak dilaksana bagi elak salah faham

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 29 Julai- 
Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang dicadangkan kerajaan terdahulu, tidak akan diteruskan.

Antara faktor yang mendorong kepada keputusan itu adalah untuk mengelak salah faham antara penduduk di Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata, jika pelaksanaan PSP dibuat ia hanya melibatkan pengguna di semenanjung tanah air sahaja.

"Ini bagi mengelak jurang harga petrol yang tinggi antara semenanjung Malaysia serta Sabah, Sarawak, dan Labuan."

"Untuk kelompok M40, mereka hanya akan nikmati potongan petrol di stesen minyak kerana mereka diberi kad minyak subsidi."

"Keraguan boleh timbul dalam kalangan rakyat dalam ketelusan pemberian subsidi ini."

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan ahli parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir.

Jelas Datuk Rosol, keputusaan untuk tidak meneruskan pelaksanaan PSP dicapai hasil hala tuju antara kementeriannya dengan Kementerian Kewangan pada 9 Julai lalu.

Memorandum Jemaah Menteri untuk memuktamadkan pendirian kerajaan berkenaan keputusan tersebut akan disediakan.

Disember lalu, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengumumkan PSP yang sepatutnya dilaksana pada Januari 2020 ditangguhkan.

Penangguhan bertujuan memberi penerangan lebih lanjut kepada rakyat mengenai pelaksanaannya.

Sejumlah RM2.4 billion diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 untuk melaksana PSP.