Logo

Tangani Pandemik, pertubuhan ekonomi Malaysia memberangsangkan

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Kementerian Kewangan mengalu-alukan pelanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar.

Dalam satu kenyataan media, Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, kerjasama antara Kerajaan, Bank Negara dan sektor perbankan itu boleh menjamin kesejahteraan peminjam dan meneruskan pemulihan ekonomi.

Menurutnya, pembukaan semula sektor ekonomi secara berperingkat juga telah menunjukkan tanda pemulihan memberangsangkan.

Eksport negara telah berkembang dari 8.8 peratus kepada RM82.9 bilion menghasilkan lebihan dagangan RM20.9 bilion.

Manakala, Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 18.2 peratus pada Mei 2020, berbanding bulan sebelumnya.

Sektor pembuatan pula melonjak 25.9 peratus dan sektor elektrik meningkat 13.7 peratus pada tempoh sama.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.