Friday, 7 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

SMM daftar 82,555 perniaga baharu

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Sebanyak 82,555 perniagaan baharu didaftarkan sejak April hingga 19 Julai sepanjang tempoh PKP.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata jumlah berkenaan adalah 95 peratus lebih tinggi berbanding permohonan penamatan perniagaan yang diterima Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tempoh sama, iaitu 4,542 permohonan.

Kebanyakan perniagaan baharu yang berdaftar dengan SSM itu beroperasi secara dalam talian.

Ia selari kebiasaan baharu bagi mengekang penularan COVID-19.

Beliau berkata pada sesi Dewan Rakyat di Parlimen.