Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

MIDA tarik 32 projek nilai pelaburan RM17.5 bilion

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 28 Julai - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berjaya menarik sejumlah 32 projek dengan nilai pelaburan RM17.5 bilion ke Malaysia sehingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata 28 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM8.36 bilion dan empat projek bernilai RM9.14 bilion dalam proses penilaian.

Jelasnya usaha itu hasil khidmat fasilitasi MIDA kepada sejumlah 86 syarikat dari China dan pelbagai negara lain untuk penempatan semula syarikat ke Malaysia susulan konflik perdagangan Amerika Syarikat-China dan COVID-19.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah mengenai kejayaan kerajaan menarik pelabur-pelabur dari China dan Jepun kesan perang perdagangan antara Amerika China serta pandemik COVID-19.