Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

MARII bantu golongan belia

  • Published in Ekonomi


CYBERJAYA, 26 Julai- 
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) melaksanakan kerjasama strategik bersama Kelab Kebajikan Masyarakat Gemilang Kuala Lumpur, bagi membantu golongan belia.

Menerusi memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani bersama itu diyakini berupaya menjana peluang kerjaya serta keusahawanan melalui program pembangunan modal insan.

Menerusi kenyataan Ketua Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, memaklumkan, kolaboratif itu membantu merekrut calon pekerja serta mempromosikan program MARii.

Kelab Gemilang bakal memainkan peranan meluaskan capaian program serta Latihan MARii kepada golongan belia terutamanya sektor strategik seperti Automotif, Robotik dan Internet Pelbagai Benda (IoT) sejajar persiapan negara dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Kedua-dua pihak optimis kerjasama ini akan membantu lebih ramai kumpulan sasar yang terjejas pekerjaan berikutan penularan pandemik COVID-19, bangkit semula menggilap kemahiran, bakat serta pengetahuan dalam bidang yang diceburi.