Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Fokus penggunaan teknologi automasi dalam operasi perniagaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Krisis COVID-19 membuka ruang bagi kerajaan mengenal pasti isu berkaitan ekonomi dan mencari jalan penyelesaian melalui pelaksanaan strategi yang berani dan radikal.

Antaranya inisiatif MyMudah, yang bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi bagi memudahkan perniagaan beroperasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan memacu kaedah automasi berasaskan teknologi, terutamanya dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Selain meningkatkan produktiviti, ia juga boleh mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja berkemahiran rendah.

Beliau menjelaskan perkara itu dalam ucaptama semasa merasmikan Mesyuarat Khas dan Persidangan Maya Perbankan dan Kewangan Malaysia 2020 di ibu negara.