Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi dapat pengiktirafan kumpulan dunia

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 23 Julai - Malaysia dipuji kerana melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dianggap luar biasa.

Pengiktirafan diberi Kumpulan Bank Dunia, dalam laporan Prospek Ekonomi Global bagi Jun 2020.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, laporan itu menyebut, Malaysia dan Thailand telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi luar biasa yang menyamai 17 dan 13% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tambah beliau, berdasarkan pencapaian setakat ini, respons melalui insiatif PRIHATIN dan PENJANA adalah tepat dan bersesuaian.

Perkembangan positif itu juga disokong oleh kerancakan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan yang beransur pulih dan meningkat dalam bulan yang mendatang.

Selain itu, bukti lain pemulihan ekonomi ialah laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi jualan perdagangan borong runcit bagi Mei tahun ini, di tahap RM84.4 billion.