Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

BPN: RM11.14 bilion telah diagihkan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Kerajaan telah mengagihkan RM11.14 bilion Bantuan Prihatin Nasional (BPN) setakat 20 Julai lepas.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan, angka berkenaan meningkat daripada RM11.06 bilion minggu lalu,termasuk rayuan BPN melibatkan RM10.416 juta penerima.

Sementara itu, bagi menyokong aktiviti perniagaan, lebih RM1.64 billion Geran Khas Prihatin (GKP) telah diluluskan.

Seramai 545,000 perniagaan kecil dan sederhana mikro telah mendapat manfaat.

Daripada jumlah itu, RM1.47 billion telah dibayar dan mencerminkan kadar pencapaian sebanyak 90 peratus.