Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Kadar tambang penerbangan dijangka kembali normal menjelang November ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Tempoh masa antara 18 bulan untuk sektor domestik dan tiga tahun untuk sektor antarabangsa, diperlukan syarikat penerbangan untuk pulih sepenuhnya daripada impak COVID-19.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan harga tiket penerbangan hanya akan kembali normal kepada harga purata 2019 menjelang November ini setelah syarikat penerbangan kembali menawarkan perkhidmatan pada kapasiti sebenar.

Namun, jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, semua itu masih bergantung kepada situasi semasa kawalan COVID-19.

Persoalan mengenainya dibangkitkan ahli parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni.