Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Lanjutan moratorium sedang dibincangkan dengan pihak bank

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Kementerian Kewangan sedang berbincang mengenai tempoh moratorium dengan institusi perbankan untuk menyediakan bantuan bersasar kepada peminjam yang masih terjejas dengan penularan COVID-19.

Tempoh moratorium asal dijadualkan tamat pada September ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz buat masa ini, peminjam boleh menghubungi atau bertemu pihak bank serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menstruktur dan menjadual semula pinjaman mereka, jika memerlukan.