Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Tiga sektor ekonomi dan kadar pengangguran kian pulih

  • Published in Ekonomi


KUCHING, 18 Julai- 
Tiga sektor ekonomi negara, iaitu pembuatan, pembinaan dan pertanian yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, sudah beransur pulih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerja-kerja bagi projek kerajaan yang disambung semula membolehkan banyak syarikat pembinaan kembali beroperasi.

Beliau menjelaskan sektor pembinaan swasta yang masih bergelut untuk berdaya saing, masih menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

"Keseluruhannya ekonomi Malaysia masih lagi menghadapi cabaran."

"Tetapi telah ada tanda-tanda pemulihan."

Manakala kadar pengangguran bagi bulan Mei juga semakin menunjukkan pemulihan iaitu 5.3 peratus di peringkat kebangsaan dan dijangka terus pulih bulan ini.

Datuk Seri Mustapa berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan dengan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dan komuniti perniagaan di Kuching, Sarawak.