Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

Lembaga Tenusu Dan Ruminan Negara Fokus Lonjak Industri Susu, Daging Negara

KUALA LUMPUR - Lembaga Tenusu dan Ruminan Negara berperanan membangunkan industri tenusu dan pedaging negara serta mempertingkat tahap ekonomi dan sosial golongan penternak ruminan tempatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia juga fokus kepada pengembangan industri berkenaan secara menyeluruh merangkumi aspek perancancangan, penyelarasan, khidmat nasihat dan keperluan pemasaran.

Sementara itu menurut beliau, purata rakyat Malaysia hanya meminum susu sekitar 20 liter setahun.

Sehubungan itu Datuk Seri Ahmad Shabery mahu pengambilan susu segar dijadikan satu budaya dan didikan dalam masyarakat.

Sebagai perbandingan, rakyat di eropah mengambil sekitar 120 liter setahun manakala Jepun sehingga 50 liter susu segar setahun.

 

Sumber : BERNAMA