Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Kerajaan India perlu berterus terang berhubung isu boikot sawit Malaysia,

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangan mengenai tindakan India untuk tidak membeli minyak sawit Malaysia.

Ditanya kemungkinan ia ada kaitan dengan isu Kashmir dan undang-undang baharu kewarganegaraan negara itu yang diulas Tun Dr Mahathir, beliau menegaskan, New Delhi perlu menyatakannya, jika ada sesuatu yang tidak kena.

Semalam Menteri Industri Utama Teresa Kok menafikan wujud tindakan boikot pihak India terhadap minyak sawit keluaran Malaysia.