Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Kadar penyertaan tenaga buruh dalam pasaran kerja pada November 2019 meningkat kepada 68.8%

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR - Kadar penyertaan tenaga buruh dalam pasaran kerja pada November 2019 naik 0.1% kepada 68.8% berbanding bulan sebelumnya.

Angka itu juga lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, yang mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh pada 68.4%.

Manakala, bilangan tenaga buruh pada November 2019 meningkat sebanyak 2.4% kepada 15.83 juta orang, berbanding November 2018.

Pada tempoh tersebut, penduduk bekerja turut meningkat 2.5% kepada 15.32 juta orang.

Kadar pengangguran pula kekal 3.2% untuk tempoh dua bulan berturut-turut melibatkan jumlah penganggur 513,900 orang.