Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Pelajar lepasan sekolah menengah berpeluang memohon pekerjaan dalam bidang minyak dan gas

  • Published in Ekonomi

KIMANIS - Pelajar sekolah yang akan menamatkan pengajian menengah sekitar Kimanis harus proaktif meningkatkan potensi diri.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yacob mahu pelajar peka dan meneroka portal Sistem Permohonan Dalam Talian Pekerjaan dan Latihan dalam Industri Minyak dan Gas di Sabah (POMIGAS).

Menurut beliau, POMIGAS yang dilancarkan tahun lalu, menerima lebih 1,800 permohonan, menyasarkan pelajar lepasan sekolah.

Portal itu menyalurkan maklumat tepat kepada individu yang berminat dengan kerjaya dalam bidang industri minyak dan gas. Ia juga selaras sasaran untuk meningkatkan tenaga kerja di Sabah dan mengurangkan masalah pengangguran.