Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Pelancaran e-Tunai Rakyat esok, 15 juta rakyat dijangka terima wang percuma melalui e-dompet

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Kerajaan memperuntukkan RM450 juta untuk program e-Tunai Rakyat yang akan dilancarkan esok. Menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, sempena pelancaran e-Tunai Rakyat, kerajaan melalui pengendali e-dompet akan menyalurkan RM30 kepada setiap individu yang layak iaitu dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun dan berumur lebih 18 tahun.

Dijangka, seramai 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

Tambah Guan Eng, bagi melaksanakan program e-Tunai rakyat, pihak kerajaan bekerjasama dengan tiga pengendali e-dompet terbesar di Malaysia.

Pengendali e-dompet berkenaan termasuk Grab, Boost dan Touch 'n Go.

Pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma dari kerajaan dengan memberikan insentif tersendiri, sekali gus, penerima berkemungkinan menerima lebih daripada jumlah berkenaan.