Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Jeti pelabuhan Marina Melaka, mampu rancakkan sektor pelancongan berasaskan kapal persiaran

  • Published in Ekonomi

MARINA - Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM7 juta peruntukan bagi membiayai penyelenggaraan dan projek mendalamkan dasar laut di pesisir pantai jeti pelabuhan Marina Melaka yang telah beroperasi semula pada Oktober tahun lalu.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, peruntukan menerusi Jabatan Laut Malaysia menjalankan kerja pengorekan dasar laut di kawasan seluas kira-kira 500 meter berhampiran jeti pelabuhan itu, bagi membolehkan kapal persiaran berlabuh.

Pelaksanaan langkah itu dijangka mampu merancakkan sektor pelancongan berasaskan kapal persiaran pada masa akan datang.

Adly berkata, Melaka berpotensi besar untuk membangunkan industri pelancongan kapal persiaran, melalui lebih 100 kapal antarabangsa yang beroperasi di Selat Melaka.

Jeti pelabuhan Marina Melaka menerima 60 kapal persiaran setahun dengan anggaran 2,000 penumpang setiap kapal.

Adly memaklumkan perkara itu kepada media ketika menyambut 2,000 pelancong kapal persiaran di Jeti Marina Melaka.