Wednesday, 15 July 2020

updated 10:57 AM UTC, Jul 15, 2020

'Kita mohon peruntukan agar ia tidak berlaku lagi..' - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Rozeana Ahmad

  • Published in Berita Semasa



KANGAR, 15 Julai - 
Lebih separuh sekolah rendah dan menengah di Perlis dikesan menghadapi masalah anai-anai pada struktur bumbung.

Ia termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar yang terlibat insiden bumbung runtuh 4 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Rozeana Ahmad berkata, pihaknya telah memeriksa semua 104 sekolah di seluruh Perlis.

Hasilnya, 63 daripadanya didapati menghadapi masalah terbabit.

Kebanyakannya melibatkan sekolah berusia lebih separuh abad.

"Kita telah minta kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan untuk menyaluran peruntukan-peruntukan khas agar isu seperti ini tidak berlaku lagi."

"Kita bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa."

Ketika ini, kerja penilaian berkala dilakukan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan keselamatan sepanjang sesi persekolahan.

Beliau ditemui ketika mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, di Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Kangar.